Semak semula prosedur keselamatan di sekolah - Bersatu
Iklan
Afif Bahardin
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) digesa menilai semula prosedur keselamatan dan pengurusan risiko di sekolah, khususnya akses pelajar kepada objek berbahaya serta sistem pemantauan di kawasan sensitif seperti tandas dan blok pelajar.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin berkata, antara langkah yang wajar dipertimbangkan adalah menambah pegawai kaunseling dan psikologi sekolah, menjalankan audit keselamatan berkala melibatkan polis komuniti dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta memperkukuh program pendidikan disiplin pelajar.
Iklan
Iklan
Selain itu menurutnya, garis panduan intervensi awal juga perlu diwujudkan bagi mengenal pasti pelajar yang menunjukkan tanda tekanan atau masalah tingkah laku sebelum berlaku insiden tidak diingini.
"Kejadian ini harus dijadikan pengajaran penting kepada semua pihak bahawa keselamatan pelajar bukan hanya tanggungjawab sekolah semata-mata.
Iklan
"Ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa, pentadbir, guru, ibu bapa dan komuniti setempat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dilapor meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki.
Iklan
Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi, suspek yang merupakan pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai melakukan perbuatan itu menggunakan senjata tajam berupa pisau.
Dalam pada itu Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan hasil siasatan kepada umum secara berperingkat bagi mengelak salah faham atau penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh menjejaskan proses kehakiman.
Menurutnya, kejadian tersebut amat serius dan memerlukan siasatan yang telus, menyeluruh dan berasaskan bukti bagi memastikan keadilan ditegakkan.
"Kami berharap hasil siasatan penuh akan diumumkan secepat mungkin dan tindakan susulan dapat dilaksanakan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang di mana-mana sekolah di negara ini," ujarnya.
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.