Pelajar 16 tahun maut ditikam: Polis siasat dakwaan motif berkait cinta ditolak

Iklan
Satu kes bunuh melibatkan mangsa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

PETALING JAYA - Dakwaan cinta ditolak antara sudut yang disiasat polis berhubung kes tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan perkara itu tersebar di media sosial.

Iklan
Iklan

"Perkara itu turut berada dalam sudut siasatan pihaknya namun perlu diteliti lanjut.

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan.

Iklan

Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu berusia 14 tahun.