Hilang sejak 8 Oktober, Mimi Nursyafiqah sudah ditemui

Iklan
Mimi Nursyafiqah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Remaja perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu ditemukan dalam keadaan selamat pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, remaja berkenaan, Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17, berada dalam keadaan baik.

Iklan
Iklan

"Kira-kira jam 10.12 malam, IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kota Bharu menerima makluman daripada ahli keluarga bahawa remaja terbabit telah ditemui semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada 9 Oktober lalu melaporkan polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Rosdi remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berbadan kurus serta berkulit putih.