Nama terpanjang di dunia: 2,253 perkataan unik

Iklan
Laurence menunjukkan senarai namanya yang panjang. Foto Agensi

WELLINGTON - Siapa sangka lelaki ini mempunyai lebih 2,000 nama tengah, sekali gus mencipta rekod dunia.

Laurence Watkins dari New Zealand berkata, dia sentiasa teruja dengan Rekod Dunia Guinness yang cuba dipecahkan ramai orang.

Iklan
Iklan

"Saya mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membuat pencapaian luar biasa itu. Saya mengkaji banyak kategori sebelum memilih nama terpanjang," jelasnya.

Difahamkan, nama tengahnya berasal daripada pelbagai budaya dan senarai itu termasuk perkataan seperti love, math serta watak fiksyen seperti Sherlock, tuhan purba digelar Dionysus dan makanan seperti tofu.

Iklan

Laurence akhirnya mencipta rekod dunia untuk kategori nama individu paling panjang dengan 2,253 perkataan unik secara total.

Pada mulanya, permohonan untuk menambah nama ditolak ketua pendaftar, namun ia kemudiannya diluluskan setelah kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi New Zealand.

Iklan

Dia bernasib baik kerana hakim berpihak kepadanya.

Demi rekod, nama panjang itu telah memberi banyak kesulitan kepadanya apabila mengisi borang dan ketika upacara perkahwinannya yang terpaksa mengambil masa lebih 20 minit untuk melafazkan kesemuanya.

"Nama tengah kegemaran saya ialah AZ2000 yang bermaksud saya ada nama dari A hingga Z dan saya ada 2,000 nama," ujarnya lagi. - Agensi