Impian Trump raih Hadiah Nobel Keamanan tak kesampaian

Iklan
Rumah Putih turut mempersoalkan pemilihan Machado berbanding Trump. Foto Agensi

CARACAS - Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado meraih Hadiah Nobel Keamanan yang diimpikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sejak beberapa bulan lalu.

Machado bagaimanapun mendedikasikan anugerah itu kepada Trump atas sokongan tegasnya terhadap gerakan prodemokrasi di negara Amerika Selatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita berada di ambang kemenangan dan mengharapkan Trump, rakyat AS, Amerika Latin serta negara lain sebagai sekutu utama Caracas untuk mencapai demokrasi dan kebebasan," ujarnya di platform X pada Jumaat.

Machado bersembunyi di Venezuela setelah kemenangan Presiden haluan kiri, Nicolas Maduro pada pilihan raya didakwa telah dicemari penipuan yang tidak diiktiraf Washington.

Iklan

Terdahulu, Rumah Putih mengkritik Jawatankuasa Nobel Norway kerana mengabaikan Trump selepas Hadiah Nobel Keamanan itu diberikan kepada Machado.

"Ia membuktikan mereka lebih mengutamakan politik berbanding keamanan. Trump akan terus membuat perjanjian damai dan tamatkan peperangan. Tiada pemimpin lain mampu menggerakkan gunung dengan kekuatan luar biasa sepertinya," kata Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Steven Cheung. - Agensi

Iklan