Belanjawan 2026: Harap ada yang 'manis-manis'

Iklan
Anwar menunjukan buku Angaran Pebelanjaan Persekutuan semasa hadir ke Hari Tinjauan di Kementerian Kewangan pada Khamis. Foto Bernama

SELURUH tumpuan kini terarah kepada pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini yang dijangka menjadi antara bajet paling ditunggu rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan tekanan harga barangan harian serta kos hidup yang terus meningkat, rakyat menaruh harapan tinggi agar kerajaan memperkenalkan langkah lebih berani untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Iklan
Iklan

Ramai menjangkakan peningkatan bantuan tunai dan subsidi bersasar akan menjadi antara tumpuan utama khususnya bagi mengurangkan beban belanja dapur, tenaga dan pengangkutan.

Selain itu, masyarakat turut menantikan pengumuman mengenai penstrukturan subsidi bahan api dan elektrik yang lebih adil tanpa menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Iklan

Harapan turut disandarkan agar kerajaan mengekalkan kestabilan harga barang asas terutama beras, minyak masak dan gula yang menjadi keperluan utama setiap isi rumah.

Bagi golongan muda dan pekerja bandar, tumpuan diberikan kepada peluang pekerjaan serta inisiatif ekonomi digital dan hijau yang boleh membuka ruang pendapatan baharu.

Iklan

Harapan Belanjawan 2026 bukan sekadar menyediakan bantuan sementara, tetapi memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat untuk jangka panjang melalui latihan kemahiran, insentif keusahawanan dan penjanaan pekerjaan bernilai tinggi.

Dalam masa sama, masyarakat turut berharap isu integriti dan ketelusan perbelanjaan kerajaan diberi keutamaan supaya setiap ringgit dibelanjakan benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Belanjawan 2026 dilihat sebagai ujian keupayaan kerajaan mengimbangi antara tanggungjawab fiskal dan keperluan rakyat.

Bagi kebanyakan keluarga Malaysia, bajet kali ini bukan sekadar angka di kertas tetapi penentu sejauh mana mereka mampu terus bernafas dalam tekanan ekonomi semasa.