Influenza: Kelas PPKI SK Taman Permas Jaya 2 ditutup
Iklan
Notis penutupan kelas (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2. - Foto tular
JOHOR BAHRU – Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2 ditutup susulan penularan influenza.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak enam kluster influenza direkodkan di daerah ini melibatkan institusi pendidikan sekolah bagi tempoh Januari hingga kini.
Iklan
Iklan
"Daripada jumlah itu empat kluster dikesan sebagai Influenza A dan dua lagi Influenza B.
"Setakat ini, hanya kelas membabitkan PPKI SK Taman Permas Jaya 2 yang ditutup," ujanya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Sebelum itu tular, di media sosial notis penutupan kelas berkenaan di bawa Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penutupan bermula pada Rabu sehingga 17 Oktober itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan kawalan jangkitan dilakukan serta mengelakkan penularan lebih meluas.
Iklan
"Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah kesihatan kendiri seperti menjaga kebersihan diri, tidak berkongsi peralatan peribadi, serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
"Mereka yang bergejala disarankan untuk berehat di rumah dan mengelakkan berada di tempat awam.
"Sekiranya perlu keluar, individu bergejala digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kerajaan Johor akan terus membela semua kaum'"><meta itemprop="description" content="Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-18T06:43:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cg1_I1gMo2dwHqv8l/x1080"><meta itemprop="duration" content="P68S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaq4q8i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaq4q8i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaq4q8i"></script>