SHAH ALAM - Dua anggota kumpulan rock terkenal, Wings iaitu Azmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Black Wings dan Samsaidi Ulong Idris atau mesra dipanggil Eddie Wings membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan berkenaan.
Menurut kenyataan bersama kedua-dua bekas anggota itu, langkah pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
Iklan
Iklan
Tambah kenyataan berkenaan, mereka juga tidak akan turut serta dalam sebarang penganjuran konsert kumpulan tersebut termasuk yang dijadualkan berlangsung pada November dan Disember ini.
“Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai Black Wings dan Samsaidi Ulong Idris atau dikenali juga sebagai Eddie Wings, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu.
“Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam ‘Konsert Wings 40 Tahun Celebration’ yang dijadualkan berlangsung pada 28 November di Kuala Lumpur dan 24 Disember di Singapura,” kata kenyataan itu pada Rabu.