Ibu Memey Suhaiza meninggal dunia

Iklan
Memey memeluk erat jenazah ibu tercinta, Norlela Abdul Rahman, yang meninggal dunia selepas mengalami serangan strok. Foto IG Norman Hakim

IBU kepada pelakon Memey Suhaiza, Norlela Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.49 pagi Rabu selepas mengalami strok.

Berita duka berkenaan dikongsikan suami Memey, aktor Norman Hakim menerusi hantaran di Instagram yang turut berkongsi foto pelakon itu di samping jenazah ibunya.

Iklan
Iklan

"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarhamah Norlela Abdul Rahman, kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi selepas mengalami strok," katanya.

Norman turut memohon orang ramai, ahli keluarga serta sahabat handai yang mengenali Allahyarhamah agar mendoakan kesejahteraan roh ibu mentuanya.

Iklan

"Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakan beliau.

"Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh.

Iklan

"Mohon sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham," kongsinya.