Penolong Pegawai MAINS maut kereta dihempap pokok tumbang
Iklan
Pasukan penyelamat dalam usaha membawa keluar mangsa yang tersepit dalam kereta yang dihempap pokok tumbang. (Gambar kecil: Muhammad Nawawi)
KUALA PILAH - Seorang Penolong Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) daerah Jempol maut selepas kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Kuala Dioh di sini pada malam Selasa.
Mangsa, Muhammad Nawawi Husin, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dalam kenderaan jenis Perodua Viva.
Iklan
Iklan
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di pejabat MAINS Jempol ke rumahnya di Senawang.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, PBK II (KUP) Razidi Samik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.52 malam.
Iklan
“Setibanya jentera di lokasi pada jam 10.56 malam, didapati benar berlaku insiden pokok tumbang yang menghempap sebuah kenderaan.
Pasukan penyelamat terlibat membantu mangsa keluar daripada kereta dihempap pokok tumbang.
Iklan
“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan tersebut dan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat melibatkan tujuh anggota termasuk komander operasi, menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.
Terdahulu, MAINS menerusi platform media sosial rasminya turut berkongsi berita duka berkenaan pemergian Allahyarham.
Mangsa dikatakan berulang-alik kerja dari Seremban- Jempol setiap hari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, cuaca pada hari kejadian berada dalam keadaan baik, namun terdapat hujan pada hari sebelumnya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>