Pelajar Tingkatan Dua ditemukan lemas selepas jatuh dalam sungai

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Dua ditemukan lemas selepas mandi bersama dua lagi rakannya di Sungai Kampung Rabbana, Kuala Long, pada Khamis. Foto:JBPM

JELI - Seorang pelajar Tingkatan Dua ditemukan lemas selepas mandi bersama dua lagi rakannya di Sungai Kampung Rabbana, Kuala Long di sini pada Khamis.

Mangsa, Putera Aniq Fitri Zulkarnain Mohd Nordin, 14, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 1 di sini.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hasmin Nasrun Abd Rahman berkata, jasad mangsa ditemukan pada jarak 10 meter dari lokasi di mana dia dipercayai terjatuh kira-kira jam 7.30 malam.

"Pihak kami mengambil masa selama setengah jam melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum mangsa ditemukan.

Iklan

Jasad mangsa ditemukan pada jarak 10 meter dari lokasi di mana dia dipercayai terjatuh kira-kira jam 7.30 malam.Foto:JBPM

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 malam dan seramai 10 pegawai termasuk anggota telah bergegas ke lokasi untuk SAR (operasi mencari dan menyelamat)," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Menurut beliau, setibanya di lokasi mendapati benar terdapat seorang remaja lelaki jatuh ke dalam sungai.

Ujarnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan sama, Hasmin Nasrun menasihat orang ramai supaya memantau aktiviti anak-anak mereka.

"Ini kerana Sungai Kampung Rebana berisiko untuk mandi manda disebabkan arusnya deras ketika ini," katanya.