10 menu tradisi Pulau Pinang dicalon Makanan Warisan Kebangsaan
Iklan
Hon Wai (depan, tiga dari kiri) mendengar penjelasan mengenai menu hidangan yang disediakan pada Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2025 pada Selasa.
PERMATANG PAUH - Nasi kandar, pasembur, mi udang, mi sotong dan roti Benggali antara 10 menu tradisi yang dicalonkan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai Makanan Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, lima lagi menu yang turut dicalonkan ialah char kue kak, mi Hokkien, mi Jawa, oh chien (omelet tiram) dan kerabu bihun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, usaha untuk mewartakan makanan warisan itu bertujuan memastikan kelestarian khazanah makanan tempatan terus terpelihara dan dikenali generasi masa depan.
"Langkah pewartaan ini penting bagi memastikan warisan gastronomi Pulau Pinang yang terkenal di mata dunia terus dilindungi, dipromosi dan dimartabatkan agar dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2025 bertemakan Memartabatkan Makanan Warisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin.
Iklan
Mengulas lanjut, Hon Wai berkata, Pulau Pinang sememangnya sinonim sebagai syurga makanan dan terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Katanya, baru-baru ini Pulau Pinang turut disenaraikan oleh platform global TimeOut sebagai antara 10 bandar makanan jalanan terbaik di Asia yang wajib dicuba.
"Pengiktirafan ini mencerminkan keunikan budaya gastronomi Pulau Pinang yang bukan sahaja memikat selera pelancong, malah mengangkat imej negeri sebagai bandar gastronomi bertaraf dunia," katanya.
Selain itu, katanya, dalam Panduan Michelin 2025, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 69 restoran dan gerai jalanan yang tersenarai, termasuk dua yang dianugerahkan bintang Michelin.
Tambahnya, pencapaian itu membuktikan Pulau Pinang layak digelar syurga makanan dan menjadi kebanggaan negara.
Dalam pada itu, Hon Wai memaklumkan, kerajaan negeri akan memperkukuh promosi makanan warisan melalui penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) @ Tanjong 2025.
Jelasnya, festival makanan tersebut bakal diperluas tempoh penganjurannya daripada dua kepada enam hari, berlangsung pada tiga hujung minggu pertama November, melibatkan lima lokasi utama di George Town.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.