Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi tiba di Semenanjung Gaza

Iklan
Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi tiba di Semenanjung Gaza membawa bakul makanan dan susu bayi - Foto: SPA

GAZA - Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi tiba di Semenanjung Gaza membawa bakul makanan dan susu bayi sebagai sebahagian daripada usaha kemanusiaan berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk menyokong rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Bantuan yang disalurkan oleh Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) itu bertujuan memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan keluarga yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, serta memperkukuh keselamatan makanan di tengah-tengah kebuluran di wilayah berkenaan.

Iklan
Iklan

Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi, selaku rakan pelaksana KSrelief di Gaza, telah menerima konvoi itu sebagai persediaan untuk pengagihan segera bantuan kepada keluarga penerima di pelbagai kawasan.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kempen yang dilancarkan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meringankan penderitaan mereka serta mengurangkan kesan situasi kemanusiaan semasa. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan