Netanyahu berbohong serangan sudah reda di Gaza

Iklan
Kepulan asap tebal memenuhi ruang udara di Bandar Gaza yang kini berada dalam kawalan IDF. Foto AFP

GENTING GAZA -"Netanyahu cuba memperdaya komuniti antarabangsa apabila menyatakan kononnya telah mengarahkan tentera Israel supaya menghentikan serangan ganas ke atas Genting Gaza".

Pendedahan itu dibuat gerakan Hamas pada Sabtu ketika kempen pengeboman masih sengit di seluruh wilayah tersebut hingga meragut puluhan nyawa.

Iklan
Iklan

"Situasi langsung tidak berubah. Hujan peluru masih bertalu-talu menyasarkan orang awam.

"Israel ternyata berbohong," ujar jurucakap Hamas merujuk kepada kenyataan palsu Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk menamatkan operasi ketenteraan di Gaza.

Iklan

Pemimpin 'ekstremis' itu berpura-pura mengeluarkan arahan supaya Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bersedia untuk melaksanakan 'bahagian pertama' di bawah 20 perkara pelan damai berat sebelah yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Hakikatnya, bedilan terus diperhebatkan ke seluruh wilayah tersebut setelah Hamas bersetuju dengan sebahagian syarat dikemukakan Trump.

Iklan

Ketika ini, Presiden ke-47 AS itu juga dilihat tergesa-gesa untuk memastikan pelan damai tersebut berkuat kuasa segera malah beliau sekali lagi mengugut Hamas.

"Saya tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang kelewatan. Segera capai persetujuan dengan Israel atau Gaza bakal berdepan akibat lebih dahsyat," ujarnya.

Menurut Trump, IDF juga telah bersetuju dengan 'garis pengunduran awal' dari Gaza yang didakwa telah dikongsi bersama Hamas.

Netanyahu pula beria-ia mahu memastikan langkah pelucutan senjata Hamas dan dilihat terlalu yakin baki tawanan di Gaza bakal dibebaskan dalam masa terdekat meskipun tiada perjanjian dicapai setakat ini.

Difahamkan, pasukan perunding telah dihantar ke Mesir untuk memuktamadkan butiran teknikal perjanjian damai tersebut. - Agensi