BAITULMAQDIS - Kira-kira 4,397 pelampau Yahudi diiringi pihak berkuasa Israel menceroboh Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sepanjang Januari.
Pentadbir Kota Lama itu berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan ketara selepas puak ekstremis berkenaan cuba mewujudkan status quo baharu, sekali gus mencemari kesucian masjid berkenaan.
Iklan
Iklan
"Golongan itu mengedarkan risalah Yahudi dan turut melakukan ritual keagamaan yang sama sekali ditegah undang-undang," ujar jurucakapnya.
Sementara itu, agensi berita WAFA melaporkan kira-kira 7,868 individu lain turut diberi kebenaran untuk memasuki pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) di bawah kategori 'pelancongan'.
Pada bulan lalu, Israel turut melakukan 86 tindakan perobohan struktur milik penduduk Palestin di Baitulmaqdis. - Agensi