TOKYO - Sanae Takaichi, tokoh konservatif yang tegas terhadap China mencipta sejarah apabila memenangi pemilihan sebagai Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) pada Sabtu, sekali gus meletakkannya di landasan untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara itu.
Takaichi, 64, kini memikul tanggungjawab besar untuk mengembalikan kekuatan parti pemerintah yang semakin merosot sokongan rakyat selepas beberapa siri kegagalan politik dan ekonomi.