107 penduduk Pontian dipindahkan akibat banjir kilat

Iklan
Anggota APM memantau keadaan banjir di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, Pontian.

PONTIAN – Seramai 107 penduduk daripada 33 keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat awal pagi Sabtu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya pada jam 6 pagi bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.