SAN FRANCISCO - Elon Musk hampir menjadi trilionair pertama di dunia, menurut laporan majalah Forbes pada Rabu.
Nilai kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kenderaan elektrik (EV) gergasi Tesla dan SpaceX itu dikatakan telah mencecah AS$500 bilion (RM2.1 trilion) selepas saham dalam firma miliknya kembali pulih dan meraih keuntungan lain setelah meninggalkan dunia politik.
Iklan
Iklan
Senarai Forbes itu turut menyaksikan CEO Oracle, Larry Ellison berada di tangga kedua dengan nilai kekayaan AS$350.7 bilion (RM1.4 trilion) disusuli CEO Meta, Mark Zuckerberg dengan nilai kekayaan berjumlah AS$245.8 bilion (RM1.03 trilion).
Selepas menamatkan pengajian di University of Pennsylvania dan berhenti dari Stanford University, Musk meraih jutaan dolar pertama beliau setelah menjual syarikat perisian penerbitan dalam talian kepada firma pengeluar komputer, Compaq dengan nilai lebih AS$300 juta (RM1.3 bilion) pada 1999.
Jutawan kelahiran Afrika Selatan itu kemudiannya melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan mengasaskan beberapa lagi syarikat gergasi termasuk membeli platform Twitter yang kini dijenamakan semula sebagai X. - Agensi
Artikel Berkaitan