Bekas Ketua Pengarang NSTP, Hishamuddin Aun meninggal dunia

Iklan
Hishamuddin

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun telah meninggal dunia di Hospital Sultan Idris, Serdang pada petang Rabu akibat jangkitan Influenza A.

Media melaporkan, Allahyarham telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut selama lebih sebulan.

Iklan
Iklan

Isteri Allahyarham, Datin Linda Taib berkata, keadaan kesihatan Allahyarham dilihat semakin merosot selepas dua minggu berada di ICU.

“Sepanjang tempoh di ICU, Allahyarham ditidurkan dan turut disahkan mengalami masalah paru-paru berair ketika menjalani rawatan,” katanya pada Rabu.

Iklan

Allahyarham dikenang sebagai antara tokoh kewartawanan negara yang berjasa besar terhadap perkembangan industri media, khususnya dalam lapangan kewartawanan sukan.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Editorial Astro AWANI dan Astro Arena, Pengarang Harian Metro, dan Pengarang Sukan Berita Harian.

Iklan