Ancaman memerang resahkan pengusaha ikan sangkar

Iklan
Ancaman memerang yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di Kawasan sangkar terbabit.

TEMERLOH - Dua pengusaha ikan sangkar di Kampung Pangsenam di sini kerugian kira-kira RM150,000 akibat ancaman memerang yang semakin mengganas di sekitar kawasan sangkar milik mereka di Sungai Pahang pada tahun ini.

Norizan Johari,47, memberitahu, ancaman haiwan liar itu menyebabkan ribuan ikan sangkar miliknya bersama rakannya, Mohd Zaid Kamarul Ismail, 40, mati menyebabkan mereka terpaksa menanggung jumlah kerugian yang besar setakat ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah kerugian itu membabitkan RM100,000 bagi ikan kerai dan selebihnya patin dan baung.

"Banyak ikan yang tidak sempat membesar, matang sebelum dapat dijual mati kerana dimakan memerang yang datang tidak kira waktu khususnya malam hingga ke subuh.

Iklan

"Setakat ini, 20 hingga 30 memerang datang menghampiri sangkar waktu malam hingga subuh sebelum memakan ikan yang ada," katanya terdapat 24 sangkar diusahakan mereka di kawasan tersebut.

Norizan

Iklan

Ujarnya, kehadiran memerang itu juga merosakkan jaring sangkar menyebabkan banyak ikan terlepas.

"Kami telah meminta bantuan Jabatan Perikanan dan Perhilitan untuk mengatasi masalah ini namun kita akur bukan mudah untuk menghalang ancaman haiwan liar ini," tambahnya mengusahakan sangkar itu di kawasan tersebut sejak 2017.

Ujarnya, meskipun pelbagai usaha dilakukan termasuk memasang jaring tambahan dan lampu, haiwan berkenaan tetap berjaya menceroboh.

Mengakui tertekan dengan masalah tersebut, dia dan rakannya berharap ancaman itu dapat diatasi kerana menyebabkan pendapatan pengusahanya sepertinya terjejas.