Naskhah ilmiah terbaharu Karya Bestari buruan pencinta buku

Iklan
Norhayati menunjukkan naskhah ilmiah terbaharu Karya Bestari sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

SHAH ALAM – Menghidupkan semula kisah perjuangan sahabat Rasulullah SAW dan kejayaan saintis Muslim, Karya Bestari tampil dengan dua buku terbaharu yang dilancarkan khusus untuk peminat ilmu sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Editor Pengurusan Buku Agama Karya Bestari, Norhayati Mat Kassem berkata, Ternyata Kita Mampu Mencontohi Sahabat Nabi SAW nukilan Dr Nurul Asmida Saad menyentuh hadis sahih dikupas dan ditadabburkan, termasuk doa harian serta kisah zaman nabi jarang diketahui.

Iklan
Iklan

Jelasnya, buku itu juga menghidupkan kembali semangat juang sahabat Nabi Muhammad SAW dalam bentuk penceritaan yang dekat dengan jiwa pembaca.

Bagi naskhah Saintis Muslim: Arkitek Dunia Moden karya Dr Yazid Abdul Manaf pula, Norhayati berkata, ia merupakan edisi kemas kini merangkumi 14 bab keseluruhan bermula daripada kisah permulaan sains, kejadian manusia, pemakanan serta perbezaan antara golongan saintis muslim dan Barat.

Iklan

“Untuk edisi kemas kini dan cetakan kali ketiga ini, ada satu lagi penambahan bab iaitu peluang pekerjaan berkaitan sains dari sudut relevan atau tidak pada zaman sekarang.

“Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar sains, manakala Ternyata Kita Mampu Mencontohi Sahabat Nabi SAW pula sesuai untuk bacaan golongan dewasa dan kanak-kanak.

Iklan

“Kedua-duanya boleh didapati pada harga RM28 dan RM35 (bukan ahli RM25.20 dan RM31.50).

“Namun, jika pengunjung merupakan ahli VIP Karangkraf, harganya hanya RM22.40 dan RM28,” katanya kepada Sinar Harian.