MBKT arah cabut palang parkir didirikan tanpa kebenaran di Pulau Warisan
Iklan
Pekerja MBKT menampal notis pada palang parkir yang dipasang tanpa kebenaran di pintu masuk dan keluar Pulau Warisan di Kuala Terengganu. Foto MBKT
KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis ke atas sebuah syarikat berhubung pemasangan palang parkir yang didirikan tanpa kebenaran di kawasan Pulau Warisan di sini.
Notis itu dikeluarkan dalam operasi jam 9.45 malam Sabtu, susulan penularan video di media sosial hari sama yang mencetuskan reaksi orang ramai kerana dipercayai mengehadkan laluan ke kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Jusman Ibrahim berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
"Saya difahamkan palang tersebut dipasang sebagai halangan kepada orang ramai daripada memasuki kawasan persendirian (tanah milik).
Iklan
"Jadi kita mohon pemilik untuk mengalih atau merobohkan besi (palang) tersebut dengan segera," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Jelas beliau, sebarang pemasangan atau struktur di kawasan awam perlu mengemukakan permohonan pelan pembinaan terlebih dahulu.
Iklan
Dalam perkembangan sama, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk sumber rasmi MBKT bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak tepat.
Difahamkan, tanah di kawasan Pulau Warisan merupakan milik Lembaga Tabung Amanah Warisan (LTAWNT) yang dipajak kepada syarikat ELCCA Properties Sdn Bhd selama 30 tahun bermula 2021.
Menurut maklumat diterima, pemasangan palang itu merupakan inisiatif daripada pemilik untuk menghalang kemasukan kenderaan komersial yang tidak mendapat kebenaran dan diletakkan secara bebas.
Sumber berkata, kawasan tersebut dirancang bagi tujuan pembangunan, namun terdapat halangan awal daripada penjaja sedia ada.
Sumber sama menyatakan, pelarasan mengenai perkara itu telah dibuat bersama penjaja dan masih tertakluk kepada proses Kebenaran Merancang (KM).
Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan empat palang dipasang di pintu masuk dan keluar Pulau Warisan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Kebanyakan pengguna berpandangan tindakan itu menyukarkan pengunjung yang mahu beriadah dan berkunjung di kawasan tumpuan awam tersebut.
Selain itu, ada juga yang menyifatkan tindakan memasang palang tersebut menyukarkan kemasukan pengunjung sekali gus merugikan peniaga kecil yang berniaga di kawasan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>