Lagi penampakan dron misteri gemparkan Denmark

Iklan
Copenhagen menyifatkan penampakan dron misteri itu sebagai 'serangan hibrid'. Foto Agensi

COPENHAGEN - Dron tidak dikenal pasti telah dikesan di pangkalan tentera terbesar di Denmark, menurut polis pada Sabtu.

Ia merupakan penampakan terbaharu yang disifatkan Copenhagen sebagai 'serangan hibrid'.

Iklan
Iklan

"Ia berlegar-legar selama beberapa jam. Lebih sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) dikesan pada jam 8.15 malam (waktu tempatan) pada Jumaat," ujar pegawai bertugas, Simon Skelsjaer.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut tentang dari mana dron itu diterbangkan malah ia tidak ditembak jatuh.

Iklan

Terdahulu, sebuah lapangan terbang terpaksa ditutup susulan pengesanan dron buat kali kedua dalam tempoh beberapa jam.

Objek terbang tersebut dikesan di beberapa lapangan terbang di negara Scandinavia itu sejak Rabu lalu hingga menjejaskan operasi.

Iklan

Kejadian sama dilaporkan di Norway manakala Poland dan wilayah Romania berdepan insiden pencerobohan dron milik Rusia dan pelanggaran ruang udara Estonia oleh jet pejuang Moscow di tengah-tengah konflik yang semakin meningkat di rantau Eropah. - Agensi