Pengawal keselamatan ditembak penyelia selepas minta cuti

Iklan
Suspek (kiri) sudah ditahan polis dan mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.-Agensi

BATANGAS – Seorang pengawal keselamatan cedera ditembak oleh penyelianya sendiri selepas meminta cuti sehari dalam satu kejadian di Sto. Tomas City, wilayah Batangas, Filipina pada Isnin lalu.

Menurut polis wilayah, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan di Purok 6, Barangay San Miguel.

Iklan
Iklan

Mangsa berusia 30 tahun dilaporkan meminta cuti daripada pegawai penyelia bertugas berusia 56 tahun, namun permintaan itu ditolak dan mangsa diarahkan mematuhi jadual kerja.

Keadaan menjadi tegang apabila mangsa enggan beredar, bertindak agresif dan didakwa mengambil sebilah parang serta mencabar penyelianya bergaduh.

Iklan

Walaupun cuba menenangkan keadaan dan menasihatkan mangsa meninggalkan kawasan tersebut, mangsa dilaporkan kembali dan membaling objek keras ke arah penyelia.

Tindakan itu mendorong penyelia melepaskan tembakan menggunakan senapang patah perkhidmatan.

Iklan

Mangsa dikejarkan ke Hospital St. Frances Cabrini untuk rawatan, manakala suspek ditahan di lokasi kejadian bersama senapang patah 12-gaun.

Polis memaklumkan suspek akan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh. -Agensi