Serangan Zionis makin ganas di Gaza

Iklan
Letupan disusuli kepulan asap tebal memenuhi ruang udara selepas serangan udara dilancarkan Zionis di barat Khan Yunis, selatan Gaza. Foto Agensi

GENTING GAZA - Hujan bom terus menggila Genting Gaza di tengah-tengah gencatan senjata yang sekadar wujud pada nama dan wayang untuk mengaburi mata komuniti antarabangsa.

Serangan ganas pada minggu lalu meragut puluhan lagi penduduk Palestin, sekali gus menjadikan jumlah korban perang genosid sejak lebih dua tahun lalu melepasi 71,000 orang.

Iklan
Iklan

'Lembaga Keamanan' yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada 'pelan damai Trump' kini telah mula beroperasi secara nominal.

Sejak awal lagi entiti tersebut lebih menyerupai sebuah kelab pelabur perniagaan berbanding sebuah badan yang bertujuan mewujudkan pentadbiran yang berfungsi untuk penduduk Gaza.

Iklan

Keadaan kawasan kejiranan Sheikh Radwan di Bandar Gaza yang binasa teruk akibat perang selama lebih dua tahun.

Pada realitinya, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai keupayaan untuk mengekalkan perkhidmatan asas sementara proses ke arah tadbir urus demokratik termasuk pilihan raya yang bebas dan adil dijalankan.

Iklan

Namun, sekatan Israel terhadap beberapa badan bantuan antarabangsa termasuk Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) telah mengehadkan peranan agensi bantuan itu dengan ketara.

Hamas turut mengutuk kempen serangan udara bertalu-talu ke atas Gaza yang disifatkan sebagai hari paling berdarah sejak tempoh bertenang fasa pertama berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025.

"Ia jelas membuktikan pembunuhan beramai-ramai masih sengaja dilakukan.

"Operasi ketenteraan itu mencerminkan rancangan keji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mensabotaj fasa kedua perjanjian gencatan senjata terutamanya berkaitan pembukaan semula Lintasan Rafah sejak akhir minggu lalu," kata jurucakapnya.

Khemah sementara yang menjadi tempat berlindung kebanyakan penduduk Palestin turut dibom tanpa perikemanusiaan.

Sementara itu, kumpulan penduduk Gaza yang mahu pulang ke tanah air mendakwa mereka berdepan ugutan dan tindakan kekerasan dilakukan geng militia disokong Zionis.

Menurut saksi, kumpulan bertopeng tersebut hanya membenarkan 12 daripada 50 penduduk Palestin masuk ke Gaza selepas 'disoal siasat' di pos pemeriksaan yang terletak kira-kira 500 meter dari Lintasan Rafah.

Huda Abu Abed, 56, dari Khan Yunis menyifatkan perjalanan pulang tersebut sebagai 'detik mengerikan'.

"Mata kami ditutup, tangan digari dan diajukan soalan seperti penjenayah selama lebih dua jam oleh askar Israel bersama kumpulan militia bersenjata tersebut," katanya.

Susulan pembukaan laluan itu, hampir 20,000 pesakit memerlukan pemindahan perubatan segera selepas kumpulan pertama dipindahkan pada awal minggu lalu.

Selain itu, kira-kira 80,000 penduduk Palestin juga dilaporkan berhasrat untuk kembali ke tanah air meskipun ramai memilih untuk menangguhkan perjalanan kerana situasi yang tidak menentu di Gaza.