Netanyahu bermuka tebal, syok sendiri berucap walau diboikot

Iklan
Keadaan dewan kosong ketika Netanyahu memberikan ucapan tahunan di UNGA pada Jumaat.

NEW YORK - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sememangnya bermuka tebal kerana tidak menghiraukan pengkritik dan penunjuk perasaan yang membantah kehadirannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Jumaat.

Netanyahu yang seakan-akan 'kalis kecaman' tetap beria-ia ketika berucap meskipun puluhan delegasi dari beberapa negara bertindak keluar dari dewan sejurus tiba gilirannya naik ke podium.

Iklan
Iklan

"Kami perlu selesaikan tugas untuk menghapuskan Hamas di Gaza. Pemimpin Barat kian tertekan untuk mendesak kami hentikan perang, namun Israel tidak sesekali akan tunduk dengan gesaan itu," katanya dengan angkuh di tengah-tengah kempen pengasingan komuniti antarabangsa yang semakin meningkat.

Pemimpin 'ekstremis' itu turut menyelar keputusan beberapa negara yang mengiktiraf Palestin yang didakwa kononnya akan menggalakkan tindakan keganasan ke atas komuniti Yahudi dan orang tidak bersalah di mana jua.

Iklan

Dewan itu juga bergema dengan teriakan ketika Netanyahu meneruskan ucapan 'syok sendiri' itu.

Rejim Tel Aviv cuba meraih semula sokongan negara antarabangsa apabila ia mendakwa Israel telah pun memulakan rundingan tentang keselamatan bersama Syria.

Iklan

Netanyahu yang berdepan tuduhan melakukan jenayah perang sekali lagi menggunakan alasan 'saki-baki Hamas' sebagai cabaran yang kononnya perlu ditangani mereka.

Sejak minggu lalu, Israel terus 'dikhianati' sekutu Barat menerusi pengiktirafan negara Palestin malah Kesatuan Eropah (EU) turut mempertimbangkan pelaksanaan tarif dan sekatan ke atas Tel Aviv. - Agensi