Helah GRO warga asing mengaku rakyat tempatan 'kantoi'

Iklan
Beberapa wanita warga asing dipercayai cuba bersembunyi sebelum berjaya dikesan pegawai imigresen ketika serbuan dijalankan.

PETALING JAYA – Helah seorang wanita warga asing yang dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) mengaku sebagai warga tempatan terbongkar dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungei Way, di sini, pada Khamis.

Wanita terbabit pada mulanya bersembunyi bersama rakan-rakannya yang lain sebelum berjaya dikesan pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan di dalam premis berkenaan.

Iklan
Iklan

Wanita itu mengaku kononnya warga tempatan sebaik ditemukan, namun helahnya terbongkar apabila pemeriksaan lanjut mendapati dia sebenarnya merupakan warga asing.

Operasi kira-kira jam 10 malam itu turut mencetuskan suasana tegang apabila beberapa individu dipercayai pelanggan cuba melakukan provokasi ketika serbuan.

Iklan

Operasi kira-kira jam 10 malam itu turut mencetuskan suasana tegang apabila beberapa individu dipercayai pelanggan cuba melakukan provokasi ketika serbuan dijalankan.

Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini hasil kecekapan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor.

Iklan

Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, serbuan itu berjaya menahan 30 wanita warga asing berusia antara 18 hingga 40 tahun.

"Ketika serbuan dijalankan, sebahagian wanita warga asing bertempiaran lari dan cuba menyorok bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

"Namun hasil kecekapan pegawai kita, semua lokasi persembunyian berjaya dikesan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua wanita itu berasal dari Laos, Myanmar, Vietnam dan Thailand.

"Mereka dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum menyalahgunakannya untuk bekerja sebagai GRO.

"Siasatan awal turut mendedahkan wujud agen yang menguruskan kemasukan mereka dari negara asal, selain menyediakan tempat tinggal di kondominium dalam bangunan yang sama dengan premis hiburan tersebut," katanya.

Kesemua inidvidu ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan ialah pelanggan membuat tempahan melalui aplikasi pesanan ringkas sebelum GRO dibawa masuk ke premis berkenaan.

"Semua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua mereka dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan selanjutnya," katanya.