Pas dukacita dakwaan parti bukan Melayu tolak kepimpinan dalam PN - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas meluahkan rasa dukacita dan kecewa terhadap dakwaan kononnya parti-parti bukan Melayu dalam Perikatan Nasional (PN) tidak senang atau menolak kepimpinan mereka menerajui gabungan itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, dakwaan terbabit merupakan andaian tidak berasas.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, semakan dibuat mendapati tiada bantahan atau penolakan terhadap parti itu sekiranya diberi amanah memimpin gabungan berkenaan.

"Saya agak dukacita apabila ada pihak membuat dakwaan seolah-olah parti bukan Melayu dalam PN tidak bersetuju Pas menerajui gabungan.

Iklan

"Apabila kita hubungi mereka, jawapannya jelas mereka tiada masalah dan itu bukan pendirian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat khas secara tertutup kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, di sini, pada Jumaat malam.

Iklan

Takiyuddin turut menggesa semua pihak menghentikan kenyataan sedemikian.

Katanya, hal ini ia hanya mewujudkan suasana tidak sihat serta mengelirukan.

Sebelum itu, tular dakwaan mengaitkan parti komponen dalam PN tidak setuju Pas menerajui gabungan itu.