LBS, MGB diiktiraf ‘BusinessToday Industry Choice Awards 2025’

Iklan
Penolong Pengurus Besar LBS, Shany Lim, dengan bangga menerima anugerah Pembangunan Hartanah Berteraskan Komuniti Terbaik di ‘BusinessToday Industry Choice Awards 2025’.

PETALING JAYA - Pemaju hartanah pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS), bersama anak syarikatnya, MGB Berhad (MGB) telah menerima pengiktirafan di ‘BusinessToday Industry Choice Awards 2025’, baru -baru ini.

Anugerah julung kali ini adalah sebahagian besarnya ditentukan melalui undian pembaca, turut disaksikan oleh para pemimpin industri dan pakar terkemuka.

Iklan
Iklan

LBS menerima anugerah bagi kategori kecemerlangan dalam ‘Pembangunan Hartanah Berteraskan Komuniti Terbaik’, sebagai pengiktirafan terhadap falsafah Kumpulan dalam membentuk masyarakat dengan mengutamakan kesejahteraan masyarakat.

MGB pula dianugerahkan kecemerlangan dalam ‘Inovasi Dalam Teknologi Pembinaan’, menunjukkan komitmennya dalam mencipta nilai melalui teknologi yang berteraskan integriti, kecekapan dan tanggungjawab.

Iklan

En. Max Pang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MGB Construction & Engineering Sdn Bhd, menerima anugerah Inovasi Terbaik dalam Teknologi Pembinaan di ‘BusinessToday Industry Choice Awards 2025’.

Mengulas pencapaian itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, berkata, pihaknya amat berbesar hati diiktiraf di ‘BusinessToday Industry Choice Awards 2025’.

Iklan

“Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen teguh kami dalam membangunkan komuniti yang mengutamakan masyarakat, di samping memacu inovasi yang merevolusikan industri pembinaan.

“Di LBS dan MGB, kami kekal berdedikasi untuk mencipta nilai mampan kepada para pemegang kepentingan, berpandukan integriti, kecekapan dan akauntabiliti dalam usaha kami membentuk masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,”katanya.

‘BusinessToday Industry Choice Awards 2025’, yang dianjurkan bersama dengan ‘PC.com Readers’ Choice Awards’ merupakan platform pengiktirafan terulung di Malaysia yang didorong oleh penggiat industri dan disokong oleh rakan setara.

Para pemenang BusinessToday Industry Choice Awards 2025 meraikan kejayaan mereka pada majlis tersebut, yang mengiktiraf sumbangan kecemerlangan merentasi pelbagai industri di Malaysia.

Para pemenang ditentukan melalui undian pembaca, yang mencerminkan suara pengguna serta rakan industri, menjadikan anugerah ini sebagai penanda aras sebenar kepada keyakinan pasaran dan pengiktirafan industri.

Disokong oleh rakan rasmi ‘Malaysia Digital Economy Corporation’ (MDEC), ‘Malaysia External Trade Development Corporation’ (MATRADE), ‘Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation’ (MRANTI) serta pemegang taruh utama industri yang lain, anugerah ini merangkumi 45 kategori merentasi pelbagai sektor, meraikan organisasi yang menampilkan kecemerlangan, inovasi dan kepimpinan.

Sorotan utama acara tahun ini ialah penekanan terhadap pengiktirafan pencapaian dalam Kecerdasan Buatan (AI), yang mencerminkan visi Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara berdaya saing dan berdaya digital.