Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri.

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Johor dan Melaka.

Iklan
Iklan

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat dan Pedalaman merangkumi Keningau, Pensiangan, Tambunan dan Sook, Kudat, Sandakan (Paitan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Tongod dan Telupid) dan Tawau (Kalabakan dan Tawau).

Cuaca sama turut diramalkan melanda beberapa kawasan di Pahang iaitu Temerloh, Pulau Tioman, Bera dan Rompin, serta Negeri Sembilan yang melibatkan daerah Jempol, Tampin, Seremban, Rembau dan Kuala Pilah. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan