Identiti mangsa rentung dalam kereta dikenal pasti

Iklan
Identiti mangsa yang rentung di dalam kereta terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang pada Rabu, dikenal pasti adalah seorang lelaki warga emas.

BATU PAHAT - Identiti mangsa yang rentung di dalam kereta terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang pada Rabu, dikenal pasti adalah seorang lelaki warga emas.

Menurut Ketua Polis Daerah Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, lelaki berkenaan dianggarkan berusia 72 tahun berdasarkan hasil siasatan awal berpandukan nombor daftar kenderaan, keluarga dan jiran si mati.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pengesahan rasmi mengenai identiti rangka manusia itu hanya akan disahkan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

"Sebaik menerima maklumat kejadian daripada pihak bomba di Rengit yang menyatakan terdapat sebuah kereta bersama seorang mangsa rentung terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, anggota polis bertugas dari Balai Polis Senggarang telah dihantar lokasi kejadian.

Iklan

"Hasil siasatan yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Batu Pahat bersama-sama Pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Balai Polis Senggarang mendapati kereta terbabit ditemui dalam keadaan rentung dengan satu rangka manusia turut rentung di tempat duduk pemandu dalam kereta tersebut.

"Siasatan polis mengikut siasatan mendapati punca kematian adalah mati mengejut (SDR)," katanya.

Iklan

Pada Rabu, tular satu video memaparkan sebuah kereta terbakar di tepi sebuah pantai dan terdapat seorang individu dalam kereta berkenaan.

Sementara itu, Shahrulanuar Mushaddat berkata, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung tersebut ini untuk tampil membantu siasatan polis.

"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Ketua Polis Balai Senggarang, Sub Inspektor Abriza Yaakub di talian 019-7275995 atau ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat 07-4343999," katanya.