Ribut petir, hujan lebat diramal landa seluruh negara

Iklan
Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada dilanda cuaca buruk berkenaan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 13 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan di Perak melibatkan kawasan Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kerian, Larut Matang dan Manjung.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli manakala Terengganu (Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu) dan di Pahang pula melibatkan Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Rompin dan Cameron Highlands.

Iklan

Sementara itu, di Negeri Sembilan, cuaca buruk itu dijangka melanda Tampin, Rembau, Port Dickson dan Seremban manakala Johor di Pontian, Johor Bahru, Kulai, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Segamat.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Mukah, Bintulu, Sibu, Sri Aman (Pantu, Lingga dan Sri Aman), Serian, Limbang, Sarikei dan Miri (Subis).

Iklan

Keadaan cuaca serupa juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Tawau, Sandakan (Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Telupid, Sandakan dan Paitan), Pedalaman (Pensiangan, Membakut, Tambunan, Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu), Kudat (Kota Marudu) dan Pantai Barat. - Bernama