SHAH ALAM - Rangkaian kopi tempatan yang pesat berkembang di Malaysia, ZUS COFFEE, hari ini mengumumkan pelancaran ZUS NGUPI Tin, iaitu inovasi sedia diminum (RTD) yang direka untuk membawa rasa kopi Malaysia yang padu dan asli dalam format moden dan mudah dinikmati.
Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting untuk ZUS COFFEE dalam usaha berkembang melangkaui rangkaian kafenya ke segmen FMCG. FMCG memperluaskan kesediaan ZUS COFFEE dari kafe ke ruang kehidupan hariana, membolehkan jenama itu mendekati jutaan rakyat Malaysia di luar kedainya selain membuka laluan ke pasaran eksport.
Sambutan Budaya Kopi
Ketua Perniagaan ZUS COFFEE (FMCG), Ng Chun How, berkata, Kopi RTD antara kategori minuman yang paling pesat berkembang di dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.
“Bagi kami, ia menggabungkan budaya kafe dengan kemudahan kehidupan seharian. Dengan NGUPI Tin, kami mengambil rasa nostalgia kopi di kopitiam dan memberinya sentuhan baharu melalui kaedah bancuhan moden.
“Ia mengekalkan kepekatan dan rasa kaw yang digemari rakyat Malaysia dan ditambahbaikkan dengan kualiti yang konsisten serta ciri Malaysia yang tersendiri,”katanya di sini, hari ini.
Bangga sebagai jenama tempatan, ZUS COFFEE memilih untuk menerapkan budaya kopi Malaysia melalui perisa yang sebati dengan kehidupan seharian.
Menurutnya, Setiap kopitiam di Malaysia menawarkan beberapa menu utama yang tak lapuk dek zaman iaitu kopi o, kopi kaw, kopi putih, dan variasi campuran yang rasa padu lagi sedap.
“Inilah minuman yang rakyat Malaysia pesan setiap hari, merentasi generasi. NGUPI Tin direka berpandukan perisa asas ini yang telah teruji oleh masa kini yang dibuat mampu milik, mudah dibawa dan serba moden,”katanya.
Empat Perisa, Satu Identiti Malaysia
ZUS NGUPI Tin diperkenalkan dengan empat perisa unik yang diinspirasikan oleh budaya kopitiam Malaysia. Antaranya ialah:
Klasik – Kopi sederhana pekat dengan profil susu berkaramel.
Kopi Tarik – Kopi ‘tarik’ ikonik Malaysia dengan rasa krim yang halus
Kopi Coklat – Kopi kaw dengan campuran coklat yang lembut.
Kopi Putih – Aroma kopi panggang berinfusikan lemak mentega dan krim
Chun How berkata, pelancaran NGUPI Tin sempena Hari Malaysia menjadikan detik lebih bermakna.
“Ia bukan sekadar kopi dalam tin, ia ialah identiti Malaysia dalam tin, sedia untuk dinikmati bila-bila masa, di mana jua dan tidak lama lagi, di seluruh dunia,”katanya.
FMCG sebagai Enjin Pertumbuhan
Walaupun kafe ZUS COFFEE kekal sebagai nadi pengantaraan pengalaman jenama, perniagaan FMCG diletakkan sebagai pemacu pertumbuhan yang ketara. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, FMCG yang diterajui oleh NGUPI Tin dan inovasi lain dijangka menyumbang 20–30 peratus daripada jumlah hasil syarikat, dipacu oleh rangkaian pengedaran yang menyeluruh dan pembelian berulang yang memberangsangkan.
Strategi jenama adalah untuk mendekati pengguna di mana mereka berada di pasar raya, stesen minyak, kedai serbaneka, dan pasaran atas talian. Sejak menjejakkan kaki ke pasaran FMCG tahun lalu, ZUS COFFEE telah bekerjasama rapat dengan rakan pengedar untuk memastikan liputan menyeluruh di seluruh negara.
Menurutnya, Chun How berkata, di luar Malaysia, syarikat turut melihat potensi eksport yang tinggi, khususnya di rantau Asia Tenggara dan pasaran yang mempunyai pengaruh Malaysia yang kuat.
“Dengan NGUPI, kami terasa bermakna kerana dapat meletakkan kopi Malaysia dalam tin dan berkongsi dengan dunia,”katanya.
Ketersediaan
Mulai September 2025, ZUS NGUPI Tin dalam empat perisa – Klasik, Kopi Tarik, Kopi Coklat, dan Kopi Putih akan boleh didapati di kedai serbaneka utama, pasar raya, stesen minyak, serta peruncit di seluruh negara. Selepas itu, ia akan diperluas ke pasaran atas talian dan pasaran antarabangsa.