Duta Algeria sebak PBB gagal lindungi Palestin

Iklan
Duta Algeria ke PBB Amar Bendjama mengangkat gambar kanak-kanak kebuluran di Gaza semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York pada 5 Ogos 2025. Foto AFP

NEW YORK - Perwakilan Tetap Algeria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Duta Besar Amar Bendjama, menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza selepas Dewan Keselamatan PBB gagal menghentikan kekejaman genosid Israel.

“Permintaan maaf kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” katanya dalam ucapan di Perhimpunan Agung PBB ke-80 yang tular di media sosial, Selasa.

Iklan
Iklan

Amar berkata, permohonan itu dibuat kerana Dewan Keselamatan tidak mampu melindungi penduduk Palestin daripada serangan berterusan rejim Zionis.

Beliau turut merincikan jumlah korban sepanjang hampir dua tahun pencerobohan, termasuk lebih 18,000 kanak-kanak, 12,000 wanita, 4,000 warga emas, 1,400 petugas perubatan, 250 wartawan dan 500 pekerja bantuan yang dibunuh Israel.

Iklan

“Kami, rakyat Algeria, mendengarmu, saudari-saudara Palestin. Maafkan kami kerana dewan ini tidak dapat menyelamatkan anak-anakmu, lebih 18,000 daripadanya telah dibunuh Israel,” katanya penuh emosi.

Amar menegaskan Algeria mahupun PBB tidak berdaya kerana Israel kebal bukan sahaja daripada undang-undang antarabangsa, malah dilindungi sistem antarabangsa yang berat sebelah.

Iklan

Dalam sidang itu, Amerika Syarikat sekali lagi memveto resolusi yang mendesak gencatan senjata segera di Gaza.

“Dewan Keselamatan ini tidak membantu anda. Mengapa? Kerana Israel dilindungi, kebal undang-undang dan sistem antarabangsa,” tegasnya.

Beliau menambah, Israel terus membunuh penduduk Palestin setiap hari, manakala Dewan Keselamatan sudah dua kali gagal menghentikan genosid dan kini berdepan kegagalan kali ketiga.

“Palestin adalah milik rakyat Palestin, dan bagi kami di Algeria, kami tidak akan pernah meninggalkan mereka,” katanya mengakhiri ucapan. - Agensi