Flotilla bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza 29 Mac ini

Iklan
Flotilla bantuan Global Sumud merancang untuk berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih luas.

ANKARA - Flotilla bantuan Global Sumud merancang untuk berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih luas, menurut pengumuman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pelepasan akan bermula dari lokasi bersejarah di Barcelona, diikuti oleh Tunisia, Itali dan pelabuhan lain di Mediterranean dan kali ini kami akan berlepas pada 29 Mac,” kata aktivis Global Sumud Sumeyra Akdeniz Ordu, dalam sidang media secara langsung dari Johannesburg, Afrika Selatan.

Iklan
Iklan

"Kali ini kami akan belayar bersama ribuan peserta, termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat dan profesional kesihatan.

"Kami akan membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang, yang menjadi perbezaan berbanding misi sebelumnya,” kata beliau.

Iklan

 

 

Iklan