Kumpulan muzik anjur protes nyanyian bantah kekerasan ICE

Iklan
Kumpulan itu turut memainkan pelbagai alat muzik.

MINNEAPOLIS - Sebuah kumpulan muzik di Amerika Syarikat (AS) menganjurkan siri protes nyanyian sebagai membantah tindakan kekerasan anggota Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) susulan insiden tembakan yang meragut dua nyawa warga tempatan di Minneapolis pada bulan lalu.

Grup yang menggelarkan diri mereka sebagai Singing Resistance itu mempersembahkan lagu bertemakan cinta dan komuniti serta laungan slogan menuntut pembubaran ejen persekutuan kontroversi itu.

Iklan
Iklan

Menurut CNN, demonstrasi nyanyian itu bermula empat hari selepas insiden pembunuhan Renee Good pada 7 Januari lalu.

Tunjuk perasaan anti-ICE itu kemudiannya meraih penyertaan kira-kira 600 demonstran.

Iklan

Pada awal minggu lalu, Singing Resistance menerusi catatan di Instagram memaklumkan seramai 2,000 menyertai demonstrasi di luar Hotel Marriott Residence Inn.

"Kumpulan kami semakin kuat untuk sampaikan mesej jelas kepada ICE, 'berhenti kerja dan sertai kami memperjuangkan nilai cinta serta kemanusiaan'.

Iklan

Difahamkan, protes tersebut diinspirasikan daripada gerakan penentangan awam di Serbia yang memainkan peranan penting menggulingkan bekas Presiden, Slobodan Milosevic pada tahun 2000. - Agensi