Global Sumud Flotilla: 'Kalian simbol ketabahan, keberanian umat' - Dr Zulkifli

Iklan
Seramai 15 rakyat Malaysia dilapor menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Zulkifli)

SHAH ALAM - Semangat juang tinggi ditunjukkan semua sukarelawan termasuk rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terus mendapat sokongan dan penghargaan bukan sahaja di negara ini tetapi masyarakat dunia yang lain.

Ini dibuktikan apabila masing-masing memilih untuk meneruskan pelayaran, meskipun digertak Israel melalui serangan dron hingga mengakibatkan beberapa bot yang dinaiki kumpulan berkenaan mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad, serangan yang dilakukan itu bukan sahaja cubaan untuk menghalang misi kemanusiaan, bahkan satu ujian terhadap tekad sukarelawan yang berjuang membawa harapan kepada rakyat Gaza.

"Saya mengikuti dengan penuh keprihatinan insiden yang menimpa Global Sumud Flotilla semalam. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa kepada seluruh aktivis, sukarelawan dan kru kapal yang telah mengorbankan masa, tenaga dan keselamatan demi membela hak rakyat Palestin.

Iklan

"Kalian adalah simbol ketabahan (sumud) dan keberanian umat. Sesunguhnya anda layak untuk mendapat kejayaan," katanya menerusi hantaran video di laman sosial miliknya pada Rabu.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, kapal Alma dinaiki sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan GSF didatangi 15 buah dron.

Iklan

Perkara itu dimaklumkan salah seorang sukarelawan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang juga Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) menerusi hantaran di Facebook beliau pada pagi Rabu.

Ketika ini, misi bantuan GSF merentasi perairan Greece dan semakin hampir memasuki zon kuning kira-kira 300 batu nautika dari pantai Gaza.

Seramai 15 rakyat Malaysia dilapor menyertai pelayaran tersebut bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Misi berkenaan merupakan sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.