GEORGE TOWN - Tindakan dua remaja masuk ke laut untuk mengambil bola hampir meragut nyawa mereka selepas kedua-duanya dilaporkan nyaris lemas di Pantai Bayu Senja, Batu Ferringhi di sini pada pagi Selasa.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dan 13 tahun dipercayai dihanyutkan ombak ketika cuba mendapatkan semula bola yang terlepas ke tengah laut.