Kepala babi ditemui di sembilan masjid Perancis

Iklan
Di luar Masjid Anwar El-Madina di Paris, tempat kepala babi ditemui pada awal pagi Selasa. - Foto AP

PARIS - Ketegangan meningkat dalam komuniti Muslim Perancis selepas insiden mengejutkan melibatkan penemuan sembilan kepala babi yang dipotong dan diletakkan di hadapan masjid sekitar Paris dan kawasan pinggirannya.

Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai 'tindakan kebencian yang terancang' dan sedang menyiasat kemungkinan campur tangan asing.

Iklan
Iklan

Insiden berlaku pada awal pagi 9 September, apabila jemaah Masjid Javel di Paris mendapati kepala babi berlumuran darah di pintu masuk, dengan nama “Macron” ditulis menggunakan dakwat biru.

Tidak lama kemudian, polis mengesahkan bahawa lapan lagi masjid turut menjadi sasaran, termasuk di Montreuil dan Oberkampf. - Awani 

Iklan
Iklan