Malta akan iktiraf Palestin secara rasmi pada UNGA80

Iklan
Robert Abela. Foto AFP

ISTANBUL - Malta akan secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-80, kata Perdana Menterinya, Robert Abela pada Isnin setibanya di New York.

Langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen politik yang dijanjikan Abela sebelum ini dan mencerminkan sokongan lama Malta terhadap penyelesaian dua negara, menurut kenyataan pejabatnya yang dipetik Anadolu Ajansi (AA).

Iklan
Iklan

"Pendirian Malta sentiasa konsisten, menyokong keamanan di Asia Barat melalui dialog dan penubuhan dua negara,” kata Abela sambil menambah bahawa pengiktirafan itu bertujuan mengukuhkan usaha ke arah penyelesaian berkekalan.

Sepanjang lawatannya, Abela akan mengadakan beberapa pertemuan dua hala dan pelbagai hala sebelum menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung.

Iklan

Pada Ahad, United Kingdom (UK), Kanada, Australia dan Portugal mengumumkan pengiktirafan terhadap Palestin, sekali gus meningkatkan bilangan negara anggota PBB yang mengambil langkah itu kepada 153 daripada 193.

Sebelas lagi negara termasuk Malta, Luxembourg, Perancis, Belgium dan Armenia telah menyatakan rancangan untuk memberi pengiktirafan semasa sesi UNGA ke-80 yang sedang berlangsung di New York. - Bernama-Anadolu

Iklan