Hujan lebat dua jam, Kangkar Pulai dilanda banjir kilat

Iklan
Kenderaan terkandas di laluan Pulai Jaya menghala Taman Teratai, Skudai ekoran banjir kilat yang berlaku. - Foto tular

ISKANDAR PUTERI – Hujan lebat berterusan lebih dua jam pada sebelah petang Isnin mengakibatkan dua rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kangkar Pulai.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Johor Bahru, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 3.51 petang sebelum sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan ke lokasi pada jam 4.06 petang.

Iklan
Iklan

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 4.34 petang dan mendapati dua rumah terjejas. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan air mula surut serta cuaca kembali cerah.

“Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Penduduk mengemas rumah selepas banjir kilat surut di Kangkar Pulai. - Foto: APM

Sementara itu, tular sebuah video memaparkan banjir kilat di laluan Pulai Jaya menghala Taman Teratai, Skudai sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terkandas dan kesesakan luar biasa berlaku.

Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum itu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga jam 5 petang Isnin.