Pantai Hospital Melaka perkukuh penjagaan kecemasan melalui latihan BLS bersama rakan strategik

Iklan
Pengamal perubatan am, pembantu klinik dan jururawat bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Yew Aik (barisan hadapan, keempat dari kiri).

MELAKA – Pantai Hospital Melaka terus memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan di peringkat penjagaan primer apabila menganjurkan siri latihan Basic Life Support (BLS) bertauliah untuk rakan strategiknya baru-baru ini.

Program berkenaan diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif IHH Healthcare Malaysia bertajuk Ready For You: Your Partner in Emergency Care, sekali gus mencerminkan komitmen hospital dalam membina komuniti yang lebih sihat dan selamat melalui kerjasama dengan rakan penjagaan kesihatan serta amalan pembelajaran berterusan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Melaka, Tan Yew Aik berkata, kesiapsiagaan kecemasan bukan sahaja keutamaan hospital, malah menjadi tanggungjawab komuniti secara bersama.

“Latihan ini melengkapkan barisan hadapan kesihatan dan rakan strategik kami dengan kemahiran praktikal yang menyelamatkan nyawa supaya dapat bertindak balas dengan lebih baik terhadap kecemasan perubatan.

Iklan

“Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan di peringkat komuniti,” katanya.

Sepanjang sesi latihan, peserta menerima bimbingan praktikal daripada jurulatih bertauliah melibatkan teknik asas tindak balas kecemasan seperti pengenalpastian awal serangan jantung, pelaksanaan tekanan dada berkualiti tinggi, teknik ventilasi berkesan serta penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dengan selamat.

Iklan

Jurulatih menunjukkan teknik pelaksanaan tekanan dada berkualiti tinggi semasa sesi latihan.

Yew Aik menegaskan bahawa kemahiran berkenaan bukanlah sekadar teori semata-mata.

“Ia adalah kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan di klinik, komuniti malah dalam situasi harian,” jelasnya.

Setiap peserta turut menerima sijil BLS setelah berjaya melepasi penilaian yang dijalankan.

Acara ini juga menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Pantai Hospital Melaka memperkukuh hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengamal perubatan am, ejen insurans dan rakan korporat.

Hospital itu sebelum ini turut menganjurkan sesi latihan serupa bagi meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan masyarakat secara berterusan.

“Kami berbangga dapat terus menyediakan latihan ini, dan kami amat menghargai dedikasi rakan strategik dalam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan dalam komuniti,” tambah Yew Aik.