Budak 11 tahun dimasukkan ke hospital selepas dipaksa belajar 14 jam tanpa henti

Iklan
Budak 11 tahun itu dipaksa belajar tanpa henti.-Agensi

CHANGSHA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di China terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dipaksa belajar selama 14 jam tanpa rehat di bawah pengawasan ibu bapanya.

Insiden yang berlaku di kediaman keluarganya di Changsha hujung bulan lalu itu menyaksikan kanak-kanak berkenaan dikenali hanya sebagai Liangliang, mula mengalami masalah pernafasan, pening, sakit kepala serta kebas di anggota badan sekitar jam 11 malam waktu tempatan, selepas belajar tanpa henti dari 8 pagi hingga 10 malam waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Liangliang ketika diberi rawatan di hospital.-Agensi

Akibat panik, ibu bapanya segera membawanya ke hospital, di mana doktor mengesahkan Liangliang mengalami masalah pernafasan akibat hiperventilasi berpunca daripada tekanan emosi serta beban kerja rumah yang berterusan.

Iklan

Dia dipakaikan topeng oksigen dan diajar untuk mengawal corak pernafasannya.

Menurut pakar, keadaan hiperventilasi boleh menyebabkan sesak dada, kesukaran bernafas, pening, kebas di bibir, tangan dan kaki, malah dalam kes serius boleh menyebabkan kekejangan otot atau simptom jari tersentak. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa.

Iklan

Walaupun kes seumpama ini dianggap jarang berlaku, Hospital Pusat Changsha mendedahkan jabatan kecemasan pediatrik sahaja menerima lebih 30 kes serupa melibatkan kanak-kanak pada Ogos lalu, peningkatan 10 kali ganda berbanding bulan sebelumnya.

Antara punca utama dikenal pasti adalah tekanan akademik, kebimbangan peperiksaan dan penggunaan telefon bimbit secara berlebihan.

Kisah Liangliang sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai obsesi China terhadap pencapaian akademik.

Sistem peperiksaan yang terkenal sukar seperti Gaokao sering dianggap penentu masa depan pelajar, namun tekanan melampau telah menjejaskan kesihatan fizikal dan mental sebahagian besar daripada mereka.-Agensi