Malapetaka dahsyat di Bandar Gaza

Iklan
Laluan menuju ke selatan Gaza sesak dengan kenderaan dan ribuan penduduk Palestin yang berjalan kaki.

BANDAR GAZA - “Situasi di Bandar Gaza tidak lain hanyalah satu malapetaka dahsyat”.

Gambaran itu dibuat jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), Olga Cherevko ketika unit kereta kebal bersama infantri terus mara pada hari ketiga untuk menggempur kawasan tengah bandar tersebut.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran hospital yang sesak berada di ambang kegagalan total kerana sekatan penghantaran bekalan penting kepada mereka.

Menara al-Ghafari menjadi struktur pencakar langit terbaharu dibedil Zionis pada awal minggu lalu.

Iklan

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memberi alasan operasi tersebut kononnya untuk menghapuskan markas pejuang Hamas sedangkan penduduk Palestin terus menjadi mangsa hujan bom bertalu-talu.

Kempen pengeboman ganas di kawasan bandar terbesar di wilayah itu yang dilanda krisis kebuluran dan menjadi tempat berlindung kira-kira sejuta penduduk telah mengundang kecaman komuniti antarabangsa, namun tidak dihiraukan Zionis.

Iklan

Agensi bantuan merekodkan kira-kira 200,000 penduduk Palestin menuju dari utara ke selatan Gaza bermula pertengahan Ogos apabila IDF menghebahkan rancangan jahat mereka untuk 'menakluk' Bandar Gaza.

Seramai 55,000 lagi berpindah secara beramai-ramai sejak Ahad lalu dan sebahagian besar terpaksa berjalan kaki.

Seorang lelaki yang kudung sebelah kaki turut dipaksa berpindah dari Bandar Gaza.

"Dianggarkan ratusan ribu lagi masih terperangkap di Bandar Gaza. Saya menyaksikan sendiri serangan Israel berada terlalu hampir dengan konvoi PBB. Hujan bom tidak berhenti dan kian menggila,” katanya.

Lina al-Maghrebi, 32, dari kawasan kejiranan Sheikh Radwan berkata, pada mulanya dia enggan berganjak meskipun keadaan berbahaya.

“Saya menerima panggilan telefon daripada askar Zionis yang mengarahkan saya berpindah. Saya terpaksa menjual barang kemas untuk menampung kos perpindahan dan membeli khemah,” menurut ibu kepada tiga anak itu lagi.

Tambahnya, perjalanan mereka ke Khan Yunis mengambil masa selama 10 jam dan kos pengangkutan berjumlah 3,500 shekel (RM4,390).

Cherevko memberitahu ramai penduduk tidak dapat mematuhi arahan pemindahan paksa ke 'zon selamat' ciptaan Israel.

Sebuah keluarga 'berlayar' ke kawasan selatan dengan menaiki papan digunakan untuk memancing.

“Majoriti penduduk Palestin tidak berkemampuan. Mereka yang akur terpaksa berjalan kaki dan menempuh perjalanan yang jauh.

“Sejurus tiba di lokasi ditetapkan, tiada jaminan mereka akan mendapat tempat berlindung memandangkan kawasan al-Mawasi sudah terlalu sesak.

“Kebanyakan keluarga kini duduk di tepi jalan setelah berjalan selama empat hari kerana mereka tidak tahu ke mana lagi mahu pergi,” jelasnya.

Menurutnya, Israel kini mara di tiga barisan hadapan bersama kenderaan dipasangkan bom selain serangan udara terus diperhebatkan.