KETUA jurulatih Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) E.Elavarasan menghormati kekuatan yang ada pada PDRM apabila kedua-dua pasukan itu bakal bertembung dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.
Beliau berkata, hal ini kerana lawan memiliki kombinasi mantap antara pemain import berkualiti dan tonggak tempatan yang berpengalaman.
Iklan
Iklan
“PDRM bukan calang-calang pasukan. Mereka ada keseimbangan dari segi kekuatan fizikal dan taktikal.
"Jika kami alpa walau sedikit, mereka mampu memberi tekanan sepanjang perlawanan,” katanya.
Menurut beliau, fokus utama Kelantan TRW ketika ini adalah memastikan konsisten pemain sentiasa berada pada tahap terbaik.
Beliau berharap barisan pemain dapat meneruskan prestasi cemerlang dengan meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.
Selepas mengharungi empat perlawanan Kelantan TRW kini menduduki tangga kelima Liga Super dengan mengumpul lima mata satu kemenangan dan dua seri.