Lelaki dibunuh gara-gara peluk isteri rakan

Iklan
Mohd Yusoff (kiri) menunjukkan tiga lelaki dan seorang wanita warga Myanmar telah ditahan bagi membantu siasatan semasa sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu pada Rabu.FOTO: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Angkara cemburu isteri dipeluk rakan, seorang suami ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh lelaki warga Myanmar di sebuah rumah kongsi kebun di Sonchong, Gua Musang pada 10 September lalu.

Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah seorang wanita yang merupakan isteri suspek serta dua lagi rakannya berusia 30 hingga 46 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku membunuh rakannya disebabkan cemburu.

"Pada Selasa lebih kurang jam 7.30 pagi serbuan telah dilakukan di sebuah rumah kongsi.

Iklan

"Hasil daripada serbuan itu tiga lelaki dan seorang wanita warga Myanmar telah ditahan,"katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Mohd Yusoff (tiga,kiri) menunjukkan sebilah parang tebas berhulu kayu, enam unit telefon, sehelai baju dan seluar yang dirampas semasa sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu pada Rabu.FOTO: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Iklan

Menurut beliau, turut dirampas ialah sebilah parang tebas berhulu kayu, enam unit telefon, sehelai baju dan seluar.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua tangkapan gagal mengemukakan sebaraang dokumen perjalanan yang sah.

Sebelum itu pada 10 September lalu lebih kurang jam 10 pagi satu kejadian bunuh telah berlaku di sebuah rumah kongsi di Sonchong, Gua Musang melibatkan seoraang lelaki warga Myanmar ditemui ada kesan kelar pada leher dan bahagian dada kiri.