[VIDEO] Tiga beranak ditahan bersama pil kuda, daun ketum RM1.6 juta

Iklan

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun serta ibu dan kakaknya ditahan bersama pil kuda, daun ketum bernilai RM1.6 juta di sebuah rumah di Desa Rahmat, Mukim Pauh Panji di sini pada 10 September lalu.

Serbuan jam 12.20 tengah hari itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan sebanyak 108,000 biji pil kuda serta 37 kilogram (kg) daun ketum dirampas.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, remaja lelaki terbabit dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan aktif sejak Mei lalu.

Mohd Yusoff (tiga, kiri) menunjukkan sebahagian daripada 108,000 biji pil kuda yang dirampas selepas menahan seorang remaja lelaki serta ibu dan kakaknya di sebuah rumah di Desa Rahmat, Mukim Pauh Panji, Kota Bharu pada 10 September lalu. FOTO: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Iklan

"Kami dapati suspek yang merupakan penganggur belum sempat menikmati kemewahan daripada pengedaran dadah tersebut kerana hanya memiliki motosikal jenis Honda yang turut disita semasa serbuan.

"Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumahnya sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum dipasarkan," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Iklan

Mohd Yusoff (tengah) menunjukkan daun ketum seberat 37 kg yang di rampas semasa menyerbu sebuah rumah di Desa Rahmat, Mukim Pauh Panji, Kota Bharu pada 10 September lalu.FOTO: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut beliau, saringan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga beranak ini yang berausia 19 hingga 60 tahun adalah negatif.

Ujarnya, semakan mendapati kesemua mereka juga tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 24 September ini. Kes ini disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Kejayaan ini adalah hasil risikan selama seminggu yang dilakukan oleh kami," katanya.