Seni bonsai

Iklan

Nazrol Naim Nijar menunjukkan beberapa jenis bonsai pelbagai peringkat usia yang diusahakan di kediamannya di Taman Casurina, baru-baru ini. 

Penolong pengurus kilang itu mula mendalami seni bonsai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini memiliki lebih 300 pokok bonsai pelbagai spesies.

Iklan
Iklan

Antara spesies yang diusahakan termasuk cucur atap, jeliti, bebuas Taiwan, asam jawa, jambul kerikil dan ceri barbados dengan sebahagiannya berusia lebih 15 hingga 30 tahun. Nazrol turut menjana pendapatan sampingan melalui jualan bonsai pada harga antara RM85 hingga RM3,500 sepasu. 

Beliau berkata pembeli bukan sahaja dari sekitar Negeri Sembilan malah turut datang dari luar negeri termasuk Johor dan Terengganu. 

Iklan
Iklan