Op PUU: Halangan lalu lintas rekod kesalahan tertinggi

Iklan
Motosikal kekal menjadi penyumbang utama dengan 3,132 unit menerima notis advokasi.

KUALA LUMPUR – Halangan lalu lintas mencatatkan kesalahan tertinggi sepanjang dua hari pelaksanaan Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) di ibu kota sejak Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak 6,684 notis advokasi dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur

Iklan
Iklan

menerusi operasi berkenaan yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Sepanjang dua hari pelaksanaan, sebanyak 6,284 notis dikeluarkan melalui operasi harian, manakala 400 notis lagi menerusi Op Didik.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 3,134 notis melibatkan kesalahan halangan lalu lintas menjadikannya kesalahan paling tinggi direkodkan dalam tempoh dua hari operasi.

Iklan

"Kesalahan lain turut direkodkan antaranya mengabaikan isyarat lalu lintas (494 notis), berhenti di petak kuning (380 notis) dan nombor pendaftaran kenderaan kotor, kabur atau fancy (411 notis).

"Selain itu, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar mencatatkan 328 notis, tidak memakai topi keledar (305 notis) serta lain-lain kesalahan seperti kenderaan tiada cermin sisi, cukai jalan tamat tempoh, tayar botak dan tiada pelekat L atau P membabitkan 1,632 notis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, sepanjang dua hari pelaksanaan, sebanyak 6,284 notis dikeluarkan melalui operasi harian, manakala 400 notis lagi menerusi Op Didik.

"Motosikal kekal menjadi penyumbang utama dengan 3,132 unit menerima notis advokasi, diikuti kereta (2,813), teksi (182), van (120), lori (103) serta pejalan kaki seramai 334 orang.

"Polis Kuala Lumpur akan terus mempergiatkan pelaksanaan Op PUU sebagai langkah mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya," katanya.

Menurutnya, Op PUU akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang lalu lintas di ibu negara berada pada tahap terbaik.

Media sebelum ini melaporkan, Fadil Marsus berkata, notis itu dikeluarkan sebagai peringatan awal kepada pengguna jalan raya mengenai kesalahan dilakukan dalam tempoh kempen advokasi Op PUU.

Ujar beliau advokasi Op PUU dilaksanakan dengan menyerahkan notis kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan kecil tanpa dikenakan saman.