Warga emas maut kereta terbabas langgar gerai

Iklan
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

MELAKA - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah gerai makan di Jalan Malim Jaya berhampiran sebuah stesen minyak di sini pada Selasa.

Mangsa, Chan Soa’a, 75, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah gerai makan di tepi jalan.

“Kejadian berlaku semasa mangsa yang memandu Proton Arena dari arah Bulatan Malim dalam perjalanan menuju ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim.

Iklan

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan mendapati cuaca ketika kejadian adalah baik dan permukaan jalan dalam keadaan kering.

Iklan

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Ahmad Adhwa Jamal di talian 011-26905852 atau menghubungi IPD Melaka Tengah.